Categories

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Apakah Cerdik?

Ada berita baik untuk anda...PruBSN Takaful ada melancarkan plan medical card Deductible terbaru iaitu ZERO DEDUCTIBLE....

Takaful Cerdik

Sediakan pendidikan sewajarnya untuk anak anda
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda . Namun , kos pendidikan di Universiti yang samakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak kita tidak terjejas.

Apabila anda memilih Takaful Cerdik , anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Bagaimana Pelan Takafulink Berfungsi Untuk Saya?
· LINDUNGI MASA DEPAN PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANAK ANDA

Pelan Takaful Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda , tetapi ia juga amat fleksibel untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.
Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga untuk anak anda - pendidikan dan perlindungan - dalam kombinasi inovasi satu plan yang unik.

Manfaat Asas - KEMATIAN:

Jumlah dilindungi dan baki nilai didalam Akaun Unit Peserta ( PUA )*, Akaun Khas Individu ( ISA )** dan Akaun Unit Pelaburan ( IUA )*** akan dibayar jika berlaku kematian.

* PUA adalah akaun di mana unut-unit diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar dan lebihan , dan / atau untung yang diperolehi.

** ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan dan lebihan, dan / atau untung yang diperolehi akan dibayar.

*** IUA adalah akaun gabungan di mana sumbangan manfaat tambahan Takaful Saver diperuntukan.
·
HILANG UPAYA PENUH DAN KEKAL ( HUPK ):

Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mangalami HUPK sebelum berusia 25 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai IUA dan nilai ISA anda kekal di dalam akaun anda
Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami HUPK sebelum berusia 5 tahun, pembahagian jumlah dilindungi yang akan dibayar adalah seperti berikut.

Manfaat Tambahan & Tambahan
·
ACCIDENTAL DEATH AND DISABLEMENT:

Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.
·
MEDICAL COVER:

Sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.
·
MAJOR MEDICAL COVER:

Member perlindungan perubatan bagi manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke Hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk bantuan perubatan kecemasan.
·
HOSPITAL BENEFIT:

Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke Hospital.
·
DISABILITY PROVIDER:

Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 25 tahun.
·
CRISIS SHIELD:

Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan disaat-saat anda paling memerlukan.
·
CONTRIBUTOR:

Membayar manfaat tahunan ( FOC ) sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.
·
PARENT CONTRIBUTOR:

Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC ). Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.
·
TAKAFUL SAVER:

Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun unit pelaburan ( IUA ). Peserta yang menyertai Takafulink Cerdik dengan tempoh takaful kurang atau sama dengan 20 tahun adalah diwajibkan mengambil Takaful Saver dengan sumbangan menyamai sumbangan tetap Takafulink Cerdik.
·
TAKAFUL SAVER CONTRIBUTOR:

Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap penyakit kritikal.
·
TAKAFUL SAVER PARENT CONTRIBUTOR:

Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami HUPK sebelum umur 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar sumbangan Takaful Saver pada masa hadapan.
·
Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM3000

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Apakah Pelan Takaful Ummah?

Ada berita baik untuk anda...PruBSN Takaful ada melancarkan plan medical card Deductible terbaru iaitu ZERO DEDUCTIBLE....

Ummah

Fakta-Fakta Penting:
Perbelanjaan Haji yang Tinggi Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut. (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

Kepentingan Memiliki Wasiat
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengah-lengahkannya selama dua malam tanpa menulis wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya." (Sahih Bukhari)

Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal 60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan. (WHO, 2009)

Manfaat-manfaat Haji/Umrah
• Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
• Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda
meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan
Haji menerusi Badal Haji.
• Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.

Bonus loyalty
• Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
• Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat.

Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal1
• Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.

Tingkatkan simpanan anda
• Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.• Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
• Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
• Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
• Wariskan kekayaan anda

Ummah Manfaat

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Apakah Pelan PruBsn Crisis Cover?

Ada berita baik untuk anda...PruBSN Takaful ada melancarkan plan medical card Deductible terbaru iaitu ZERO DEDUCTIBLE....

Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

- Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut:

- Pemegang Policy : 80%
- PruBSN Takaful Berhad : 20%

- Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

- Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu

Family Income Benefit
- Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).

Spouse Contributor
- Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.

Parent Contributor
- Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.

Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Apakah Pelan Takaful Health?

Takaful Health 2 adalah satu rider atau manfaat tambahan. nombor '2' bermaksud, ini adalah plan medical card versi ke-2 selepas Takaful Health dilancarkan. Anda boleh baca maklumat di bawah ini sebagai rujukan. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lengkap, boleh hubungi saya di 012.6543 629. 
Antara kelebihan Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti berikut.

- Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi

- Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda

- Perlindungan 24 jam diseluruh dunia

- Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia.

- Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan  Hospital Alliance Services (HAS).

- Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital

- Penjagaan jururawat di rumah

- Pembedahan balik hari (Day Surgery)

- Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan

- Rawatan Dialisis buah pinggang

- Rawatan Kanser

- Jaminan pembaharuan sehingga umur 100 tahun

- Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)

- Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.

- Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad

- Dan banyak lagii.....hubungi kami sekarang...

- Jadual Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti di bawah.

pelan medical cardUntuk pengetahuan semua pembaca. Takaful Health 2 terdapat penambahbaikkan dari segi pilihan jenis plan. Iaitu, terdapat 2 pakej sama ada anda nak medical card yang ada ko-takaful atau deducttible.

KO Takaful

Ia adalah perkongsian tanggungan kos perubatan antara company dah client. Iaitu 10% akan ditanggung oleh client dan 90% akan ditanggung oleh PruBSN Takaful. Namun begitu, ada syarat tambahan untuk tidak membebankan client. Iaitu, min ko takaful tersebut adalah RM 300 dan Maximum adalah RM 1,000.

Sebagai Contoh :

A. Bil Rawatan : RM 2,000 (10% = RM 200)
PruBSN Takaful : RM 1,700
Pemegang Sijil : RM 300
*sebab min ko-takaful adalah RM 300.

B. Bil Rawatan : RM 3,000 (10% = RM 300)
PruBSN Takaful : RM 2,700
Pemegang Sijil : RM 300
* sebab, ko takaful adalah 10% dan min 300

C. Bil Rawatan : RM 5,000 (10% = RM 500)
PruBSN Takaful : RM 4,500
Pemegang Sijil : RM 500
*sebab, ko takaful adalah 10% min 300 dan max 1000. So, RM 500 adalah antara 300 dan 1000. So, client kena bayar RM 500

D. Bil Rawatan : RM 50,000 (10% = RM 5,000)
PruBSN Takaful : RM 49,000
Pemegang Sijil : RM 1,000
*sebab maximum ko-takaful adalah RM 1,000

2. Deductible

Untuk deductible, client diberi 2 pilihan sama ada untuk memilih deductible option RM 3000 atau RM 10,000. Apa maksudnya tu?..maksudnya, kalau untuk yang RM 3,000. Bill RM 3,000 pertama akan ditanggung oleh client, manakala selebihnya baru boleh claim kat PruBSN Takaful. Begitu juga kalau deductible options RM 10,000. So, bill atas RM 10,000, baru boleh claim.

Sebagai contoh.
A. Bil Rawatan : RM 2,000 (Deductible RM 3,000)
PruBSN Takaful : RM 0
Pemegang Sijil : RM 2,000
*sebab bill dibawah RM 3,000

B. Bil Rawatan : RM 30,000 (Deductible RM 3,000
PruBSN Takaful : RM 27,000
Pemegang Sijil : RM 3,000

* Sebab bill lebih dari RM 3,000, baru boleh claim kat PruBSN Takaful.

Berita Baik

Maksudnya, PruBSN Takaful akan membayar kesemua bill rawatan anda dan tiada ko-takaful. Tapi ada beberapa syarat mudah perlu dipenuhi.
1. Kena ambil plan TH2 200 dan ke atas.
2. Setakat ni hanya untuk plan dewasa sahaja. Untuk anak2 belum ada lagi.
3. Maximum Elaun Hospital adalah RM 200 sehari. Maksudnya 4 unit (rujuk manfaat hospital mengenai penerangan unit)....so, kalau kita gabungkan dengan manfaat medical cover, pun sama,

Dengan kata lain, plan Zero Deductible ini akan lindungi 100% bill anda. Perlu maklumat lanjut, boleh hubungi kami di 012.6543 629.

Selain daripada manfaat yang dilindungi, anda juga perlu tahu mengenai perkara-perkara yang tidak dilindungi atau tidak dicover atau lebih mudah dikenali sebagai PENGECUALIAN.

PENGECUALIAN MEDICAL CARD TAKAFUL HEALTH 2 adalah seperti di bawah :

Takaful Health2 tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.
2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.

a. Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
c. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e. Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan
f. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6. Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

7. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan
.
8. Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum,kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh manamana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Psikotik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau apa-apa pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Apakah Takaful Link?

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.

Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu:

» Participant Unit Account (PUA) - Rujuk manfaat No.1, No.2 dan No.
» Individual Special Account (ISA) - Rujuk manfaat No.4 hingga No.13
» Investment Unit Account (IUA) - Rujuk manfaat No.14

Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

Khairat Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan?

Khairat Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
› Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada
tahun itu.
› Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
› Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
› Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
› Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)
   

Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

› Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
› Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
› Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh
› Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
› Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
› Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

Cisis Cover Plus (CCP)

› Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)

› Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.

› Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no. 1)

Cisis Cover Income

(Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

› Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

› Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

Kemalangan

(Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

› Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).

› Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)

› Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)

› Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)


› Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.

› Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

› Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

Takaful Health

(i.e Kad Perubatan / Medical Card)

› Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.

› Boleh digunakan di dalam dan luar negara.

› Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)

› Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

Medical Cover

› Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.

› Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)

› Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU

› Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)

› Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.

› 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)

› Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level)

Elaun Hospital (Hospital Benefit)

› Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.

› Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.

› Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.

› Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.

› Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.

› Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

› Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…